♥♥Sayang™ Dsayang's Site♥♥

Make Your Own Glitter Words @ myspaceglitter.com!Make Your Own Glitter Words @ myspaceglitter.com!Make Your Own Glitter Words @ myspaceglitter.com!Make Your Own Glitter Words @ myspaceglitter.com!Make Your Own Glitter Words @ myspaceglitter.com!Make Your Own Glitter Words @ myspaceglitter.com!Make Your Own Glitter Words @ myspaceglitter.com!

ReviewReviewReviewI'm Not SingleMay 31, '08 3:06 PM
for everyone
Category:Movies
Genre: Romantic Comedy
Pengarah : Pierre Andre

~Pelakon~
Farid Kamil : Adam
Lisa Surihani : Maya
Awal Ashaari : Dani
Intan Ladyana : Lisa
Datuk Jalaluddin Hasan : Borhan
Fadilah Mansor : June
Hafidzuddin Fazil : Ghani
Aznah Hamid : Su
Cat Farish : Psyco
Ahmad Idham : Ahmad
David Teo : David

~~Sinopsis~~
I’m Not Single mengisahkan pasangan Maya dan Adam yang dipaksa berkahwin pada usia muda kerana perancangan ibu bapa masing-masing yang bersahabat baik sejak kecil. Walaupun saling membenci dan langsung tidak mempunyai rasa cinta, Adam dan maya tiada alasan untuk membantah tambahan pula perancangan tersebut disokong kuat oleh nenek Maya yang sangat teringin melihat persandingan cucu tunggalnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Maya sendiri mempunyai teman lelaki iaitu Dani. Dani dan Maya memang saling cinta mencintai dan telah merancang untuk berkahwin. Dani seperti tidak dapat menerima kenyataan Maya sudah berkahwin mencari jalan untuk mendapatkan Maya semula.

“Percutian bulan madu” di rumah pusaka keluarga Adam bukanlah satu rancangan yang bijak. Pelbagai peristiwa lucu yang mencuit hati berlaku sepanjang mereka tinggal bersama. Dalam masa yang sama mereka saling mengenal hati budi masing-masing. Namun Maya masih bertemu dengan Dani dan Maya mempunyai niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti memandangkan usianya baru 21 tahun.

Melihat perilaku Maya, Adam menjadi tertekan dan serba salah dengan perhubungan itu. Sehingga pada suatu hari mereka bertengkar dan Maya meminta diceraikan daripada Adam. Adam terus meninggalkan Maya keseorangan. Maya menghubungi Dani dan Dani memberitahu Maya yang dia ada bertemu Adam. Adam telah memberi beberapa pesanan kepada Dani untuk menjaga Maya dengan baik.

Apakah kesudahan perhubungan yang sememangnya tidak sehaluan itu? Segalanya dalam filem I’M NOT SINGLE terbitan ke 25 MIG Production Sdn. Bhd. (Metrowealth) arahan Pierre Andre.


ReviewReviewReviewSepiMay 26, '08 4:09 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Drama
Pengarah : Khabir Bhatia
Terbitan : GBSB

Pelakon :
Afdlin Shauki : Adam
Vanidah Imran : Ilyana
Nasha Aziz : Suzie
Tony Eusoff : Sufi
Eja : Marya
Riezman Khuzaimi : Zain
Baizura Kahar : Imaan
Pierre Andre : Ricco

Sinopsis...

Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti CINTA, KEHILANGAN dan KESEPIAN. Adam, seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan masterpiece untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri.
Kemudian seorang jejaka bernama Sufi yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati.
Akhir sekali Imaan seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka akhirnya berkait didalam satu insiden dramatic yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.

Official Site : www.sepithemovie.com


ReviewReviewReviewEvolusi KL DriftMar 21, '08 4:43 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Action & Adventure
Pengarah : Syamsul Yusoff
Penulis : Syamsul Yusoff
Pelakon : Fasha Sandha (Fasha), Farid Kamil (Sham), Syamsul Yusoff (Zack), Aaron Aziz (Joe), Iqram Dinzly (Karl), Buzen hashim (Zul), Hetty Sarlene (Vee), Diana Daniella (Sara), Nurhuda Mohd Ali (Shazzy)...

~~Sinopsis~~

Zack dan Sham adalah dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta 'drift'.

Kelazimannya bidang perlumbaan kereta 'drift' didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopili itu dan menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira 'daring' dan agresif.

Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjeremuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.

Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir bibit-bibit cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack.

Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl merasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta 'drift' ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.

Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul anatara Zac dan Joe mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yabg dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.

EVOLUSI KL DRIFT adalah paparan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti membawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara..

SOURCE : www.sinemamalaysia.com


ReviewReviewReviewCongkakMar 12, '08 5:16 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Horror
Pengarah : Ahmad Idham
Penulis : Pierre Andre (Cerita) & Ahmad Idham (Lakon Layar)
Penerbit : David Teo

Pelakon : Nanu Baharuddin (Sufiah)
: Riezman Khuzaimi (Kazman)
: M. Rajoli (Pak Tua)
: Nur'Arina (Ely)
: Erynne Erynna (Lisa)
: Ruminah Sidek

~~Sinopsis~~

Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon bimbitnya.

Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.

Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama.

Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.

Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.
Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK...

Source : http://www.sinemamalaysia.com.my


ReviewReviewReviewReviewReviewDunia Baru The MovieFeb 11, '08 12:52 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Comedy
Two Thumbs Up..!!!!! Best Best Best Best Best sgt....!!! ;p
Watch it wif my family kat City Square, JB semalam.. Kaklar gile seh..
And Mr Pierre Andre ku, waduuuuhhhh, hansem bangeeetttt.. ;B
I tink yg buat cite nie best sgt is dat kite da kenal character2 diorg nie dlm drama, so we noe wat 2 expect from dem.. Kite tau yg Madihah & Darius akan tetap bergaduh.. Opie & Erika akan ade crisis pasal Adif.. N tajul wif his "money is everthing" thing.. Dats why movie nie seem so smooth n senang we trime.. But dats my opinion la kan, tak tau la pikiran korg.. But pape pon cite nie mmg best.. N I nak pi tgk lagi dis sat.. Sape nak ikot..??? hihi ;p

~~Pelakon~~
Pierre Andre -- Adif
Elyana -- Opie
Wan Ellyas -- Tajol
Iqram Dinzly -- Darius
Anne Ngasri -- Madihah
Anita Bahrom -- Anizah
Hafeez -- Fazley
Almy Nadia -- Suzanna
Baizura Kahar -- Erika

~~Sinopsis~~
Apabila Anizah yg sepatutnya melanjutkan pelajarannya ke UK dlm bidang Nanotechnology,diculik oleh bekas kekasihnya, fazley, beliau meninggalkan pesanan dlm nota yg beliau terpaksa tulis oleh Fazley kepada rakan-rakannya mengatakan beliau ingin meninggalkan segala impiannya dan mengahwini Fazley..
Disebabkan nota teersebut, Opie, Tajol, Adih, Suzanna, Erika & Darius mengambil keputusan utk menghalang Anizah dari berkahwin dan pergi ke Thailand..
Mereka mengalami pelbagai cabaran dan insiden-insiden yg mencabar dan lucu sehingga mereka mengambil keputusan utk pulang ke Kuala Lumpur.Akan tetapi, disaat mereka putus asa, mereka terserempak dgn kereta Fazley..
Disepanjang perjalanan ke Utara, Fazley pula asyik menculik sesiapa yg beliau terjumpa di tengah perjalanan yg mengesyakinya menculik Anizah..

Official Site : http://www.duniabarutehmovie.com


ReviewReviewReviewReviewSumo LAHJul 17, '07 1:56 PM
for everyone
Category:Movies
Genre: Comedy
MMg best filem nie.. In fact, sume Filem Afdlin Shauki mmg best la... Especially when there's Awie in it.. hehehe ;) lawak jgak ah cite die, interesting stori line.. tak pernah kot ade cite pasal sumo2 nie.. 2 Thumbs up..
mcm teruja gitu nak blajar ckp jepun balik.. Dulu tym skool, ade blajar skit2 bahase jepun nie.. but da lupe2 la.. nie smangat da dtg balik nie.. ;)


Story Synopsis
Ramlee (Afdlin Shauki) is a down and out Malay boy who can’t seem to hold down a job, much to his Mother’s (Kartina Aziz) disappointment. Out of a job and out of money, he stumbles across a challenge by sushi restaurant owner Honda (Patrick Teoh) to “eat all you can for free food - within a time limit”.

Hungry and desperate, Ramlee attempts the challenge, and fails. In compensation, Honda lets Ramlee take a job at the restaurant to pay off his due. Ramlee becomes a member of the Boleh Sushi shop staff, along with Haris (Awie) and Andy (Radhi Khalid).
Ramlee is immediately attracted to Honda’s beautiful daughter, Siti (Inthira Charoenpura), who is half-Japanese and half-Malay. He begins to learn the meaning of having good work, good friends and family.

One day he learns that part of his obligation is to take part in the Malaysian Sushi Association Amateur Sumo Wrestling Championships held by the local Japanese owners of sushi restaurants.
Whilst taking part in the initial friendly bout, Akira (Gurmit Singh), Siti’s ex-boyfriend, humiliates him in public. It is only after that that Ramlee finds out that he had been tricked into working for Boleh Sushi because Honda was desperate for a third member for their team.
Ramlee has to make a choice - whether to stay on and fight for Boleh Sushi in the upcoming Championships, or to give up on his new-found family.

Official Site : http://www.sumolah.com
Related Site : http://afdlinshauki.blogspot.com


ReviewReviewReviewReviewCuciJul 11, '07 1:44 PM
for everyone
Category:Movies
Genre: Comedy
I Will Watch Dis Movie.. No Matter Wat.. ;)

--Sinopsis Filem--
Filem CUCI adalah sebuah karya yang mengisahkan penglibatan empat sahabat Khai (Hans Isaac), Fairil (Afdlin Shauki), C’Tan (Ac Mizal) dan JOJO (Awie) dalam memperbaiki kehidupan mereka sebagai pencuci tingkap banggunan. Dari kecil hingga dewasa kumpulan ini sering bersama sebagai satu keluarga dengan wawasan yang sama.

Dalam mencari kemajuan mereka telah memasuki “Window Washing Olympic” satu pertandingan berprestij yang akan menempatkan syarikat mereka CUCI CUCI SERVICES di antara syarikat-syarikat professional. Pertandingan ini juga merupakan satu langkah bagi mereka untuk mendapatkan kontrak besar mencuci tingkap banggunan banggunan pencakar langit di Kuala Lumpur.

Cerita ini diserikan lagi dengan kemunculan Cj (Erra Fazira), anak seorang ahli korporat, Tan Sri Rahim (Dato’ Rahim Razali) dan juga merupakan eksekutif syarikat yang menganjurkan pertandingan “WWO” tersebut. CJ dibantu dipejabat oleh Farah (Umi Aida), sebagai pembantu peribadi yang juga merupakan seorang kawan di luar pejabat. Perwatakan CJ dan FARAH amat berbeza walaupun mereka kawan baik.

Persaingan hebat berlaku antara CUCI CUCI SERVICES dan syarikat professional Maju Wira Sdn Bhd yang dipunyai oleh Wira (Khir Rahman), seorang usahawan berjaya yang mewarisi kemewahan dari keluarganya. WIRA juga mempunyai perasaan terhadap CJ dan berusaha untuk mendampinginya.

“CUCI” memaparkan semangat di antara empat sahabat karib ini mengharungi rintangan hidup dengan mengekalkan nilai jati diri dan kualiti kerja yang baik. Filem ini banyak mengadunkan adegan-adegan menarik yang dipersembahkan dalam bentuk komedi ringan dan penuh aksi..

Credits to Budiey.com..
Source:Sinopsis Filem CUCI


ReviewReviewReviewReviewHaru BiruJul 11, '07 1:35 PM
for everyone
Category:Movies
Genre: Drama
Pengarah: Shadan Hashim
Penerbit: Raja Azmi
Penulis: Adlin Aman Ramlie

Pelakon:
Que Haidar : Kid
Dynas Mokhtar : Ariyana
Ijoy : Dani
Betty Banafe : Suzi
Eman Manan : Abang Kecik
Adlin Aman Ramlie : Big Daddy

Sinopsis..
Kid (QUE HAIDAR) seorang eksekutif muda Ariyana (DYNAZ) seorang model dan Dani (IJOY ADZHAR) seorang jurugambar bebas, adalah tiga remaja yang bersahabat. Hubungan ini kemudiannya dibebani oleh perasaan cinta yang tersembunyi lantas menimbulkan konflik yang meruntuhkan persahabatan mereka. Dalam diam Kid menjalinkan hubungan cinta dengan Ariyana dan membelakangi Dani. Kepura-puraan ini terbongkar apabila Suzi (BETTY BENAFE) perempuan simpanan Big Daddy yang juga bekas kekasih Kid muncul kembali menagih harapan dari Kid. Suzi menghalang perhubungan Kid dan Ariyana kerana mahu Kid membantunya melarikan diri dari Big Daddy. Ariyana kecewa dengan tindak tanduk Kid,lantas memutuskan hubungan mereka berdua. Kini Dani pula menghilangkan diri setelah rasa dikhianati dan diperbodohkan oleh Kid, malah Ariyana sendiri. Atas tekanan dan godaan Suzi, Kid terpaksa membantu Suzi melarikan diri. Namun tidak semudah. Abang Kecik (EMAN MANAN) orang paling kanan Big Daddy menjejaki mereka. Keadaan semakin haru biru dan diluar kawalan. Konflik kemanusiaan dalam perhubungan, persahabatan, percintaan, pangaruh dadah dan perempuan simpanan, dipaparkan menerusi isu-isu social, gaya hidup, skandal serta gangterism.

Filem ini akan berada di pawagam pada 26 Julai 2007.

Official Website : http://harubirumovie.com.my


ReviewReviewReviewHeart 2 : Love Is CintaJul 11, '07 1:32 PM
for everyone
Category:Movies
Genre: Romance
Berikutan kejayaan box-office filem ‘Heart’, pengarahnya kini menggarap sebuah lagi filem romantis hebat dengan menampilkan pasangan pelakon popular Indonesia, Irwansyah dan Acha Septriasa, dalam Heart 2: ‘Love Is Cinta’. Peminat filem cinta dari Indonesia ini dapat menonton di pawagam mulai 19 Julai 2007.

Filem terbaru ini ialah kisah mengenai Ryan (Irwansyah) dan Cinta (Acha Septriasa), dua sahabat akrab yang baru sahaja menamatkan pengajian di sekolah menengah tinggi. Di sebalik kemesraan mereka sebagai rakan karib, tersemat di hati masing-masing bahawa mereka sebenarnya saling mencintai satu sama lain tetapi malu untuk meluahkan perasaan. Masa berlalu, Ryan mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. Tragedi malang menimpa Ryan sebelum dia sempat melafazkan kata cintanya kepada Cinta. Cinta kecewa kerana Ryan pergi tanpa memberitahu sejauhmana hubungan mereka berdua. Ryan turut gelisah dan tidak akan pergi sebelum memberikan kepastian hubungannya, walaupun melalui perantaraan orang lain, iaitu Doni (Raffi Ahmad).

Doni berusaha menghubungi Cinta, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan dugaan. Malang menimpanya bila keluarga Cinta turut tidak mempercayai bahawa dia adalah Ryan, kawan karib Cinta suatu ketika dahulu. Keadaan menjadi semakin kelam kabut bila Ryan mengesyaki Doni menjalinkan perhubungan sulit dengan seorang lelaki, Papi (Sabar). Pada masa yang sama, Cinta menemui pengganti dalam hidupnya, Ivan (Andhika Pratama). Demi kesuntukan masa, Ryan melakukan apa sahaja bagi membuktikan kesahihan cintanya terhadap Cinta. Namun dia hanya berhasil memujuk keluarga Cinta menerimanya tetapi Cinta masih berbelah kerana Ivan mengakui dia turut mencintainya.

Ryan semakin jauh daripada Cinta dan memutuskan untuk berpisah. Namun dia sempat memberitahu Cinta bahawa dia akan pergi ke tempat mereka selalu berjumpa untuk mendapatkan kepastian.


ReviewReviewReviewReviewZombie Kampung PisangJul 11, '07 1:03 PM
for everyone
Category:Movies
Genre: Comedy
Cite ni da lame jgak syg nak tgk but tak berkesempatan.. My sis, Putri Mutiara yg recommend syg supaya tgk cite nie.. [Thank Sis.. ;)]
Mmg tak rugi syg beli.. Lawak gile siot.. At 1st seram jgak nak tgk.. espcially ade 1 scene yg Que Haidar ternampak pocong.. terkezzuutt kejap baby.. mcm nak tutup aje.. tgk plak mlm, dlm kul 11pm gi2.. But time 2 tgk ramai2 dgn my mom,aunt & bro,so continue tgk aje la.. mmg klakar gile.. de ending tak logic sikit ah coz zombie mane ade cure.. diorg kan da mati.. But overall,mmg best cite nie.. 2 thumbs up.. and Awie kiut gile seh...! Luv U Awie..! ;p


Sinopsis...
Ketenteraman dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru-hara pada suatu malam.
Kekecohan bermula dengan kematian mengejut Pak Abu, bilal kampung tersebut yang terjatuh daripada basikalnya ketika pulang ke rumah. Tiga pemuda kampung yang sering melepak di tepi jalan, Husin, Atan dan Mat Karan telah menyaksikan kejadian itu lalu bersama mengusung Pak Abu pulang ke rumahnya.

Pak Jabit datang menziarah, namun beliau juga tak semena–mena meninggal ketika memeriksa jenazah Pak Abu. Keadaan jadi bertambah gawat. Ketiga pemuda tersebut turun berbincang mengenai keadaan tersebut. Jeritan dari atas rumah mengejutkan mereka sekali lagi. Cikgu Munah dan Cikgu Maimun, anak-anak perempuan Pak Abu memberitahu yang kedua-dua mayat tadi telah hilang.

Siasatan dijalankan. Rumusan didapati bahawa kesemua yang meninggal telah berkunjung ke kedai kopi Pak Menawer.
Tindakan dibuat untuk mengumpul dan mengasingkan orang-orang yang telah mengunjungi kedai Pak Menawer. Bekalan letrik terputus dan keadaan menjadi gelap. Bekalan pulih semula beberapa ketika kemudian namun orang ramai sekali lagi menjerit apabila mendapati mayat-mayat yang hilang tadi berada di muka pintu dengan keadaan menakutkan.

Mayat-mayat tersebut yang telah menjadi Zombi, mula menyerang orang-orang kampung. Masing bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Pihak polis dimaklumkan dan siasatan dijalankan.
Malam ini tidak lagi aman seperti biasa. Huru-hara telah terjadi dengan orang–orang kampung bertempiaran ke sana sini. Apakah musibah dan apakah rahsia di sebalik segala kejadian ini?


ReviewReviewReviewReviewReviewMeet The RobinsonApr 18, '07 3:24 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Kids & Family
Cite nie mmg best... Watch it kat Vivo City last week.. in 3D lagi... The Singing Frogs in this movie is the cutest ting ever... Check Out 4 dat..!

Sinopsis...
When Lewis meets a mysterious boy from the future named Wilbur Robinson, the two travel forward in time where Lewis discovers the amazing secret of the Robinson family. Lewis is a brilliant twelve-year-old with a surprising number of clever inventions to his credit. His latest and most ambitious project is the Memory Scanner, which he hopes will retrieve early memories of his mother and maybe even reveal why she put him up for adoption. But before he can get his answer, his invention is stolen by the dastardly Bowler Hat Guy and his diabolical hat - and constant companion - Doris. Lewis has all but given up hope in his future when a mysterious boy named Wilbur Robinson whisks our bewildered hero away in a time machine and the two travel forward in time to spend a day with Wilbur's eccentric family. In a world filled with flying cars and floating cities, they hunt down Bowler Hat Guy, save the future and uncover the amazing secret of Lewis' future family.



ReviewReviewBrigde To TerabithiaApr 18, '07 3:10 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Kids & Family
Sinopsis...
Jess Aarons [Josh Hutcherson] is an 11 year old boy,aiming to be the fastest runner in his grade..Until the new girl,Leslie Burke [Annasophia Robb] shows up and proves that she can run faster the all of the boys..
Despite their athletic rivalry,the two become best friend & share their vast imaginations with each other,ultimately dreating the World of The Terabithia, a magical kingdom hidden deep in the woods...

Reviews...
Story nie belum kuar wyg lagi kalo tak salah.. But i da tgk DVD pirated,beli kat JB.. heheheh..
Not to my expectations la.. I expected more interestingly weird creatures in it.. Mcm cite Narnia.. In this movie, the weird creature only appeared few times aje..when they are imaginating..
Story line die pun ade lembab skit ah.. But i like the concept of the story,about having imagination world of ur own... A place where u can 4get bout realiti and be someone or something dat u wanna be or do wateva u wanna do.. Nice..!


ReviewReviewApocalyptoFeb 1, '07 4:23 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Foreign
Actually,i dun have any expectation when i 1st went to see de movie.. Coz i dunno who acted in it,who directed it or wat kind of movie it was.. All i noe is dat when my guy ajak tgk wyg cite nie,i say ok aje..tak kisah la cite ape,janji nak tgk wyg..

Cite die pasal natives.. Bout survival.. Different tribes surviving the jungles and each other.. Bout their belief of sacrificing ppl to pleased god..

Overall,jln cite die mmg ok ah.. but the action is juz too violence 4 me.. ngeri.. kecut perut seh.. nak kat 30kali gitu i had 2 cover my eyes or look elsewhere.. diorg pancung kepala la,kene makan rimau ah, panah tercacak kat kepala tembus kat mulut la,beranak dlm air la, cabut telinga la... eeeee..!


ReviewReviewReviewReviewLamaran KeduaJan 9, '07 4:28 AM
for everyone
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ma Lee Chuswan
Tajuk:Lamaran Kedua
Penulis:Ma Lee Chuswan
Publisher:Creative Enterprise

Sinopsis belakang buku:
Tatkala rindu sudah sampai ke penghujung, impian berkocak duka. Kasih yang berlorek indah kiranya hanya seperti pelangi senja... satu, satu pergi dan hilang.

Review:
Buku nie syg pinjam my cuzen nye..Syahdu habis cite nie.. Both parties tak nak terus terang.. sume amek sikap diam diri aje.. tak sesuai langsung..
Cite nie mengisahkan seorg gadis bername Nina yg telah ditunangkan dgn sepupunye Jeff,sejak kecik lagi.. den si Jeff nie pi belajar luar negeri..Nina nie tunggu la dgn setianye but bile Jeff balik dari overseas,die bawak galpren..so Nina pendam aje perasaan cemburu di hati..
Di pendek kan cite,walaupun byk conflict,Nina & Jeff kene tangkap khalwat dan berkawin.. Alam pernikahan mereka tetap berkonflik, hingga suatu ari Jeff mengalami satu kemalangan jln raye.. Lepas kejadian 2,Nina & Jeff mula rapat.. Tapi conflik terjadi lagi bile Nina tlah terjatuh & keguguran..Jefri terasa amat marah di dalam hati, dia menganggap Nina tak ingin mengandung anak mereka. Tetapi anggapan itu meleset, Nina menerangkan segalanya bahawa dia mahukan suaminya.
Happi Ending... ;)


ReviewReviewMencari dewasaJan 9, '07 3:56 AM
for everyone
Category:Books
Genre: Romance
Author:Z.A.Imad
Tajuk: Mencari Dewasa
Terbitan: PTS Publication
Oleh : Z.A.Imad

Sinopsis:

Masa yang terhenti kerana kegagalan bercinta membuatkan Shamsuri bertekad bagi mencari dewasa. Bukan tubuh badan dewasa yang dicari tetapi akal orang dewasa yang dicari.

Dalam pengembaraan itu, terhantuk dan terngadah menjadi lumrah. Namun, Shamsuri tidak pernah lupa untuk kembali bangkit. Setiap luka dan calar ditoreh duri bernama kegagalan dibiarkan menjadi bekas sebagai tanda ingatan bagi mencapai matlamat.

Persahabatan, pelajaran dan yang pastinya tidak dapat dielakkan, cinta, menjadi duri dan ranjau di sepanjang pengembaraan Shamsuri itu.

Tatkala Shamsuri cuba mencari cebisan terakhir kedewasaan, muncul gadis bernama Nisa' yang bermula sebagai seorang kawan yang cukup dikagumi ketegasannya. Namun, sedikit demi sedikit masanya seolah-olah bergerak semakin perlahan apabila perasaannya pada Nisa' mengalami metamorfosis.


ReviewReviewReviewKabul ExpressJan 9, '07 1:19 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Drama
Kabul Express is an engaging thriller by documentary filmmaker Kabir Khan. The movie tells an interesting and thought-provoking tale against the backdrop of a country ravaged by war.

In this complex setting, Kabir Khan tells the story of five individuals and what transpires in a period of two days. Cameraman Jai ( Arshad Warsi ) and journalist Suhel ( John Abraham ) enter Afghanistan to cover the war and get an interview with a Talibani. With the help of their local guide and driver Khyber (Hanif Hum Ghum), the two set out in Toyota Jeep called Kabul Express in search of their big story.

The quartet is then kidnapped by an escaping Pakistani soldier Imran (Salman Shahid) who had been operating for Taliban before the US attack. Now he is on the run to get back to his country.
As the five set out on their perilous journey to the Afghan-Pakistan border, the hostility between them gives way to trust. They debate and discuss the situation in the region. Eventually, Jai, Suhel, Khyber and Jessica help Imran reach his country. But there is a surprise in store for everyone


ReviewReviewReviewReviewReviewCINTAOct 25, '06 10:26 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Drama
CINTA adalah sebuah filem yg memaparkan lima kisah cinta berkisar di metropolis Kuala Lumpur. Setiap cerita adalah berbeza dan unik,namun setiap watak berkait menerusi keadaan dan peristiwa.
Bertemakan cinta,filem ini menceritakan lima pasangan dgn kisah masing2 di kota yg indah-ada yg sedang mencari cinta,ada yg bertemu cinta dan ada yg kehilangan cinta. Menerusi filem ini,cinta dpt juga dilihat dari pelbagai sudut-cinta suami isteri dan anak,kasih syg di antara adik beradik dan juga cinta di antara warga emas..
Filem ini pasti menawarkan sesuatu yg berlainan kerana ia menampilkan bakat pengarah,penataan seni dan dialog yg penuh makna. Pengarah filem Kabir Bahtia telah berjaya melahirkan sebuah filem melayu terkini yg unik.Filem ini diharap akan mengubah aliran filem melayu pada masa akan dtg..

Dibintangi oleh...
Mohd Pierre Andre.....Taufiq
Sharifah Amani....Ariana
Fasha Sanda.....Azura
Eizlan Yussof....Azlan
Rita Rudaini....Airin
Rasyidi Ishak....Harris
Nanu Baharuddin....Dyan
Que Haidar..... Dhani
Dato Rahim Razali....Cikgu Elyas
Fatimah Abu Bakar.....Rubiah


ReviewReviewReviewDoa,Berzanji & Qasidah BerlaguApr 21, '06 1:23 PM
for everyone
Category:Music
Genre: Other
Artist:Mawi
Album terbaru Mawi ini telah dilancarkan pada 11 haribulan April sempena Maulud nabi.. Album ini memuatkan 10 lagu berzanji,qasidah dan doa-doa harian..
Lagu-lagu yg terkandung dlm album ini...
1.Rangkaian Doa 1
2.Rangkaian Doa 2
3.Rangkaian Doa 3
4.Berzanji Rawi 1
5.Berzanji rawi 5
6.Marhaban Rangkaian Selawat
7.Al-Jannah
8.Iqra' Feat Raihan
9.Sesungguhnya Feat Ustaz Asri Rabbani
10.Sirah Rabiulawal

Utk yg meminati alunan lagu nasyid,album ini mmg best utk didengar..
But kalo utk yg tak minat nasyid tapi minat Mawi(mcm syg)..
nasyid,pun nasyid la... ;-)p


ReviewDate MovieMar 11, '06 11:38 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Comedy
Sinopsis...
Cite nie mengisahkan tentang seorg gadis bernama Julia,yg berkerja sebagai pelayan di restaurant bapanye..Die percaya bahawa 1ari nanti,die akan bertemu dgn "Prince Charming" nye.. Tapi bapanye ingin die bernikah dgn pria pilihan bapanye tapi Julia telah jatuh cinta dgn Docter Grant,seorg pemuda kaya..Ketika mereka sedang membuat persiapan pernikahan,Andy,bekas tunang Grant ingin kembali kepade nye... Tapi cinta sejati antara Julia & grant tetap utuh..

Pelakon...
Alyson Hannigan...Julia
Adam Campbell...Grant
Soffie Monk...Andy
Tony Cox...Hitch
Eddie Griffin...Julia's Dad

Reviews...
Kecewa sgt2...! Syg seret my guy 2 temankan syg tgk cite nie.. Tapi hampeh...! My expectation is very high sebab syg tot cite die mcm "Scary Movie" coz writer die same... But,jauh sgt kalo nak bandingkan dgn cite "Scary Movie"... Cite die kelakar.. Slapstic abis.. But,something is wrong there.. Not sure wat.. Quite boring actually...De only ting is rite bout de movie,is de cat... hehehhe ;p Syg nak ajarlah kucing2 syg toilet trained mcm kat movie nie.. Clazzzz...! ;p

P/s:Tak sabar nak tgk cite "Scary Movie 4".. Syg da tgk trailer die.. Best gile.. ;)


ReviewReviewThe Pink PantherMar 10, '06 11:14 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Comedy
Sinopsis...
Cite nie mengisahkan penyiasatan ke atas kematian seorg jurulatih bolasepak terkenal..Cincin belian yg bernilai milik jurulatih berkenaan,yg dikenali sebagai Pink Panther Diamond,turut hilang..Kerajaan Perancis sedaya upaya mahu menyelesaikan kes itu,lalu menyerahkan tanggungjawab itu kepade Inspector Jacques Clouseau,setelah gagal mendapatkan pegawai polis yg lain..Clouseau dan rakan nye Ponton harus mendedahkan pembunuh sebenar dan pade mase yg same,menghalang bos mereka,Dreyfus,daripade mendapat name atas penyiasatan yg dijlnkan...

Pelakon...
Steve Martin...Jacques Clouseau
Jean Reno...Ponton
Kevin Kline...Dreyfus
Beyonce Knowls...

Reviews...
4 comedy lovers like me,cite nie quite good.. story line 2 simple... but its a very funny movie.. Steve Martin is de best.. I tink he made the film gd.. Kire tak rugi jgak ah pi tgk.. Cite nie tgk skali ok la,but nak tgk lagi skali da ko... ;)


Pages:12
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help